All In Your Hand"

Tuesday, February 19, 2008

Nessie Naga Tasik Loch?

Sekitar pertengahan abad ke-19, penduduk dunia telah dikejutkan dengan penemuan misteri iaitu gambar seekor haiwan ganjil yang didakwa naga laut oleh penduduk setempat. Gambar tersebut diperolehi oleh seorang penduduk sekitar yang kebetulan berada di kawasan tersebut ketika kejadian itu berlaku. Masyarakat setempat mengenali haiwan aneh itu sebagai Nessie. Mereka mendakwa kononnya haiwan tersebut pernah hidup ribuan tahun dahulu dan ini bukanlah kes pertama sekali haiwan aneh itu kelihatan kerana terdapat banyak laporan yang hampir serupa telah diterima sepanjang tahun.

Nessie merupakan seekor haiwan purbakala yang dikatakan sezaman dengan dinosaur. Makhluk ini mencetuskan gempar di kalangan penduduk dunia terutamanya mereka yg tinggal berhampiran dgn Tasik Loch. Ini kerana ia pernah dilihat berkeliaran disekitar tasik itu sejak 1,500 tahun dahulu. Kini ia masih popular dan menjadi misteri zaman berzaman. Pelbagai rekod dan gambar diperolehi dr mereka yang pernah terserempak dgn Nessie. Dan pada penghujung abad ke-19 para pengkaji dari seluruh dunia telah menjalankan beberapa kajian yang mendalam pada tasik Loch iaitu tempat Nessie ditemui tetapi hasilnya hingga kini, mereka masih belum menemui jawapan yang pasti mengenai misteri kemunculan Nessie itu. Mereka hanya menemui bangkai besi yang dipercayai kapal selam lama di dasar tasik tersebut. Bagaimanapun ia masih menjadi tandatanya samada makhluk ini benar-benar wujud atau tidak.