All In Your Hand"

Tuesday, February 19, 2008

Ikan Aneh di Jumpai

Ikan berwajah manusia
Seekor ikan daripada spesies yang tidak diketahui asal usulnya memiliki rupa yang agak ganjil iaitu seakan-akan berwajah manusia. Ikan tersebut dipercayai dijumpai dari Korea Selatan dan disimpan dalam sebuah balang kaca untuk pengawetan. Ada juga pihak yang berpendapat yang ikan tersebut merupakan ikan sumpahan yang dulunya adalah seorang manusia disumpah menjadi ikan jadian. Namun kebenarannya tidak dapat dipastikan dan misteri penemuan ikan aneh itu kekal hingga ke hari ini.

Ikan Ganjil
Sejenis ikan ganjil berbadan dua tetapi satu kepala yang belum diketahui spesiesnya telah ditemui oleh seorang pemancing. Ikan ini turut memiliki sepasang mata yang agak aneh jika dibandingkan dengan ikan yang lain. Selain haiwan darat, haiwan air juga turut mengalami bentuk fizikal yang aneh. Dan kebarangkalian untuk haiwan tersebut hidup lebih lama tidak boleh dipertikaikan walaupun kebanyakkan daripadanya adalah sangat tipis mungkin disebabkan dengan faktor keadaan bentuk fizikalnya.

Kerangka Aneh
Kerangka makhluk aneh yang disebut-sebut sebagai “manusia ikan” ini ditemui oleh seorang nelayan di Teluk Bahang,Penang,Malaysia. Bila dilihat secara fizik makhluk aneh itu berbadan ikan namun berkepala seperti manusia. Jasad ikan aneh tersebut nampak seperti manusia berukuran orang dewasa. Tulang dadanya tampak mirip dengan manusia dengan muncung yang lancip panjang serta bergigi tajam. Ia juga memiliki sirip yang panjang seperti dua daun telinga yang lebar, ditambah lagi dengan dua “tangan ganjil” yang abnormal, sisik yang berkilauan disekujur tubuh badanya.
Dalam laman web Penang news menjelaskan tiada kepastian rasmi mengenai penemuan jasad “manusia ikan” tersebut. Namun hanya tertera secara ringkas keterangan “Teluk Bahang Fisherman Found This! Newspaper Not Allowed To Publish? (Temuan nelayan Teluk Bahang! Media cetak dilarang mempublikasikannya?)”, dan dilampiri dengan 6 lembar foto makhluk aneh dari berbagai sudut pandang.
Petugas institut di Penang mengatakan bahwa pihaknya belum mendapat laporan tentang penemuan kerangka makhluk aneh tersebut. Ia meminta kepada wartawan untuk mengantarkan foto jasad makhluk tersebut ke jab. perikanan, untuk diteliti lebih lanjut.Tubuh makhluk aneh tersebut telah dilelong di e-Bay (Electron Bay) oleh seorang warga Kota St.Petersburg, Florida, AS dengan harga 1550 dollar AS dan ia sudah pun dibeli. Tidak dijelaskan bagaimana makhluk tersebut boleh berpindah dari Penang ke e-Bay. Perkara tersebut diketahui dari laporan news-com Rusia pada 31 Juli lalu. Bangkai “makhluk ganjil” yang dilelong itu memiliki panjang sekitar 1.5 meter, yang dikenali oleh si penjual sebagai “putri duyung”.