All In Your Hand"

Tuesday, February 26, 2008

Naga di Temui?


Apakah anda percaya dengan kewujudan Naga? Bagaimana pula dengan kisah mistri mengenainya? Berdasarkan teori, sekiranya naga tidak wujud di dunia ini, kenapa pula terdapat pelbagai cerita misteri mengenainya? Tiap – tiap kisah misteri pula, berbeza mengikut bangsa dan budaya. Jika kita memikirkan soal logik lagi benar, semua ini tidaklah mustahil. Bayangkan saja, semua spesis serta kehidupan yang telah direkodkan dan diteroka manusia di alam ini, belum pun mencapai 10%. Setiap masa ada saja penemuan baru.
Akan tetapi kita perlu menerima hakikat bahawa manusia semakin hari semakin bertambah dan lama kelamaan dunia ini semakin mengecil. Sebab, bilangan manusia yang mati saban tahun, hanya sedikit bilanganya berbanding jumlah manusia yang lahir setiap hari. Baru-baru ini, di China kononnya sejenis hidupan laut yang dipercayai Naga berupa ular telah dijumpai dan gambarnya telah berjaya di rakamkan. Seperti juga dalam filem-filem fiksyen barat, kebenaranya belum dapat di pastikan. Namun, jika benar Naga tersebut adalah daripada spesis ular gergasi yang pernah wujud sebagaimana kisah misterinya suatu ketika dulu, para saintis perlu mengubah semula data dalam rekod-rekod mereka untuk mengkaji semula penemuan baru misteri hidupan alam.