
Bangkai haiwan purbakala ditemui. Itulah pendapat yang diberikan oleh orang ramai. Ianya kelihatan seolah-olah mempunyai leher yang panjang dan mempunyai kepak atau sayap. Ada pihak yang mendakwa kononya itu merupakan bangkai haiwan laut yang pernah hidup sekitar ribuan tahun dahulu iaitu daripada spesies dinasor. Ada pula yang berpendapat itu hanyalah sejenis bangkai ikan paus atau ikan besar yang masih belum reput. Namun kebenarannya belum dapat dipastikan. Hinggalah ke hari ini tiada jawapan yang pasti ditemui dan tidak diketahui ke manakah bangkai aneh itu di bawa pergi.
Tulang Ganjil Di Temui
Mahluk ini ditemui oleh sepasukan tentara Rusia di pantai Sakhalin. Daerah Sakhalin terletak dekat dengan Jepang, iaitu bahagian paling timur Rusia hampir 5000 miles ke arah timur dari Moscow, Rusia. Kebanyakkan penduduk sekitar dan orang-orang yang berkunjung ke kawasan tersebut tidak mengetahui mahluk apakah itu. Kalau dilihat dari tulang dan giginya, mahluk ini bukan ikan.