



Akan tetapi, ada pihak yang mendakwa kononnya Bigfoot bukanlah dari jenis monyet gergasi tetapi sebenarnya adalah sejenis jin atau hantu raya dan makhluk halus ciptaan tuhan. Teori ini diperkuatkan lagi, bahawa sehingga kini tiadanya bukti penemuan tulang temulang Bigfoot apatah lagi untuk menangkapnya. Andai kata teori ini benar, maka segala bukti tentang kemunculan Bigfoot merupakan cerita rekaan semata-mata oleh sesetangah golongan yang cintakan publisiti murahan dan jika semua ini berlaku, ianya merupakan satu penipuan besar kepada dunia amnya. Namun kita tidak boleh menafikan terus menerus kisah cerita tentang Bigfoot kerana ianya merupakan suatu kisah misteri sejak azali dan kisah misterinya pasti tidak akan hilang ditelan zaman. Bagaimana pula dengan anda? Percayakah anda dengan kewujudan Bigfoot?