All In Your Hand"

Tuesday, April 1, 2008

Berwajah manusia?


Khnizir kepala manusia? Itulah yang dapat disimpulkan oleh penduduk sekitar. Orang ramai yang tinggal berdekatan dan tidak kurang juga yang datang dari jauh mula membanjiri rumah pemilik haiwan aneh itu bagi melihat dengan lebih dekat lagi setelah berita mengenainya digempar gempurkan oleh orang ramai dan penduduk sekitar. Ada di antara mereka pada mulanya tidak mempercayainya tetapi setelah diamati dan dilihat dengan lebih dekat lagi memang jelas haiwan tersebut mempunyai bentuk muka yang agak aneh iaitu mirip manusia.
Anak khinzir berwajah ganjil itu dipercayai masih hidup dan berada dalam keadaan sihat dibawah jagaan seorang penduduk tempatan. Banyak persoalan yang timbul mengenai haiwan ganjil itu. Antara persoalannya ialah, bagaimana haiwan tersebut boleh menjadi sedemikian rupa? Adakah itu angkara manusia? Walaubagaimana pun kejadian tersebut bukanlah satu penipuan dan yang pasti, segalanya menjadi misteri.