All In Your Hand"

Tuesday, April 1, 2008

PENDAHULUAN KATA

Assalammualikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, terima kasih kerana sudi melayari laman blok misteri untuk haiwan yang ganjil ini. Bagi membuka tirai, blok ini dibina khas untuk tatapan anda yang memaparkan beberapa penemuan haiwan ganjil atau binatang aneh yang menjadi misteri dari seluruh pelusuk dunia. Blok ini, mendapat perhatian ramai dan dijangka mungkin bakal mencabar kepercayaan anda namun, itu semua terpulang pada diri anda untuk mempercayainya.

Dewasa ini, kita sering melihat pelbagai jenis dan spesis hidupan di alam fana yang terbentang luas ini, akan tetapi pernahkah anda melihat haiwan atau binatang yang lain dari kebiasaannya? Kita jarang sekali mendengar beberapa kisah penemuan haiwan pelik dan ganjil apatah lagi aneh. Itu mengenai kisah cerita yang anda tahu, bagaimana pula dengan pelbagai bentuk kisah cerita haiwan misteri yang anda belum tahu dan belum pernah anda lihat dengan mata kepala sendiri? Dengar ceritanya seronok bukan? Dunia yang semakin sempit dari hari ke hari ini seolah – oleh mematuhi hukum alam bahwa masih banyak lagi sepsis hidupan lain yang belum di temui atau dikenali manusia di alam ini. Penemuan pelbagai haiwan misteri memang tidak asing lagi dan ianya bukalah suatu perkara baru, namun kebanyakkannya masih menjadi tanda tanya sampailah ke hari ini. Yang menjadi persoalannya, apakah misteri disebalik penemuan pelbagai haiwan aneh ini? Apakah anda percaya adanya misteri disebalik penemuan haiwan ganjil ini? Atau, adakah semua misteri ini merupakan rekaan semata-mata yang bertujuan untuk mencari pubisiti ciplak oleh sesetengah pihak tertentu yang terlalu extremis?

Walau apa pun persoalan dan jawapannya ia lebih menunjukkan betapa hebatnya kuasa tuhan yang agung lagi maha pencipta segalanya. Maka benarlah bagai dikata Allah pernah berfirman dalam ayatnya berbunyi “Walau tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, tidak akan habis kehidupan tentang alam ini diterokai”. Kisah penemuan beberapa haiwan misteri ini bagaikan tiada penghujung seolah-oleh menceritakan pelbagai episod-episod yang tiada akhir. Oleh itu, apa pun yang disiarkan, bukanlah bertujuan menyinggung perasaan sesetengah pihak atau sesiapa sahaja yang melihatnnya, adapun, ianya secara kebetulan sahaja. Semua ini khas untuk tatapan, hiburan dan ilmu pengetahuan yang berguna buat kita semua sebagai sudut renungan bersama. Terima kasih kerana sudi melayari blok ini, silalah layari laman web ini dimasa-masa akan datang kerana bahan ceritanya pasti akan lebih menarik dan akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Yang baik dijadikan teladan buruk jadikan sempadan. Semoga terhibur daripada saya Ewey. Terima Kasih dan jumpa lagi”…